Penghuni Surga |
Mengapa pria dijanjikan Allah memperoleh bidadari di surga? Mengapa wanita
tidak dijanjikan mendapatkan bidadara di surga? Adilkah Tuhan? Allah
menjanjikan pria dapat menikahi bidadari di surga, ini adalah bentuk
penghormatan terhadap wanita.
Pria umumnya dikenal berpikiran 'ngeres' memaknai kata-kata ini. Menurut
Buku 'Keistimewaan Wanita' fitrah pria terhadap wanita seringkali mengikuti
hasrat seksualnya. Selalu saja ada keinginan lebih, dan tidak puas terhadap
pasangannya. Ini membuat pria selalu pusing memikirkan wanita.
Karenanya, Allah telah memberikan keistimewaan kepada wanita. Bahwa dia
akan secantik bidadari surga, sehingga suami tidak mungkin berpaling darinya.
Kepada wanita, Allah memberikan jalan yang mudah dan indah menuju surga.
Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa
Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah.
Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga.
Berikut 40 Keistimewaan Wanita Menurut Islam
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang pria yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T.
dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji
dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta
menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada
Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap pria?"
tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia
dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari
pada 1,000 pria yang jahat.
22. Rakaat sholat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat sholat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada
anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari
pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah
dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.
ita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun sholat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun sholat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½
thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun sholat dan puasa.
37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan
mendapat pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala 80 tahun ibadat.
40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
[Source: http://yafi20.blogspot.com]
0 Comment:
Post a Comment
Silahkan anda meninggalkan komentar yang tidak berbau SARA